Lu dah tak macam dulu bro....
Sms seorang sahabat yang melontarkan aku ke ruang persoalan besar dan panjang.
Apa Kes?
Sms dari aku terbiar tanpa jawapan.
Segera aku menelefon untuk mendapatkan jawapan terhadap beban persoalan aku. Beberapa sesi soal jawab berlangsung dalam ruang lingkup sebuah persahabatan, walaupun serba sedikit nampak emosi di sana sini tapi macam biasa selalunya gelak tawa dan kutuk mengutuk kembali mengharmornikan keadaan. Inilah nilainya harga persahabatan.
Dan aku termanggu memikirkan benarkah aku telah berubah? Seperti dakwa sahabat ku tadi?
Benarkah tuntutan masa terhadap urusan persahabatan semakin terhakis seperti yang dipersoalkan sahabat ku itu?
Dan dengan berat hati aku kena mengakui yang semua tuh benar. Aku akur.
Lu tak rindu ker waktu kita ramai-ramai gi tengok teater. Balik, lepak minum mana-mana lepas tuh, kita sama-sama dok komplen kerja-kerja teater yang kita tengok. Kadang-kadang kita kutuk kaw-kaw..mcm kita bagus sgt...
Lu tak rindu ke..dengan kerja kerja teater dan seni sesuatu yang kita anggap dah macam makanan jiwa kita...yang kita lakukan kerana minat dan kehendak kita.
Lu tak rindu ker..kadang-kadang kita outing ke mana-mana. Bersatu dengan alam dan penuhi hari-hari tersebut dengan kerja-kerja seni kita.
Memang kita kawan-kawan tak mahu lawan bro. Tapi esok-esok jangan sampai lu tak ada kwn sudah.. Lu fikirlah sendiri lu dah besar panjang.
Semua yang diluahkan oleh sahabat aku itu membuat aku terhenyak sendiri dengan kebenaran yang aku lalui sekarang. Aku jadi serba salah. Memang aku rindukan semua tuh dengan kawan-kawan. Memang masa aku dengan mereka dah macam terhakis langsung. Tapi apakan daya aku? Setiap hari bekerja masa aku banyak dipejabat. Dari pagi hingga lewat malam rutin aku hampir setiap hari dipejabat. Hujung minggu lak masa aku untuk keluarga. Aku betul-betul serba salah sekarang. Aku tak mahu kehilangan sahabat dalam masa sama aku juga harus terus bekerja dan meluangkan masa untuk keluarga aku.
Maafkan aku sahabat.
Rabu, 29 Julai 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan