Rabu, 29 Julai 2009

Kawan-kawan Tak Mahu Lawan

Lu dah tak macam dulu bro....

Sms seorang sahabat yang melontarkan aku ke ruang persoalan besar dan panjang.

Apa Kes?

Sms dari aku terbiar tanpa jawapan.

Segera aku menelefon untuk mendapatkan jawapan terhadap beban persoalan aku. Beberapa sesi soal jawab berlangsung dalam ruang lingkup sebuah persahabatan, walaupun serba sedikit nampak emosi di sana sini tapi macam biasa selalunya gelak tawa dan kutuk mengutuk kembali mengharmornikan keadaan. Inilah nilainya harga persahabatan.

Dan aku termanggu memikirkan benarkah aku telah berubah? Seperti dakwa sahabat ku tadi?
Benarkah tuntutan masa terhadap urusan persahabatan semakin terhakis seperti yang dipersoalkan sahabat ku itu?

Dan dengan berat hati aku kena mengakui yang semua tuh benar. Aku akur.

Lu tak rindu ker waktu kita ramai-ramai gi tengok teater. Balik, lepak minum mana-mana lepas tuh, kita sama-sama dok komplen kerja-kerja teater yang kita tengok. Kadang-kadang kita kutuk kaw-kaw..mcm kita bagus sgt...

Lu tak rindu ke..dengan kerja kerja teater dan seni sesuatu yang kita anggap dah macam makanan jiwa kita...yang kita lakukan kerana minat dan kehendak kita.

Lu tak rindu ker..kadang-kadang kita outing ke mana-mana. Bersatu dengan alam dan penuhi hari-hari tersebut dengan kerja-kerja seni kita.

Memang kita kawan-kawan tak mahu lawan bro. Tapi esok-esok jangan sampai lu tak ada kwn sudah.. Lu fikirlah sendiri lu dah besar panjang.

Semua yang diluahkan oleh sahabat aku itu membuat aku terhenyak sendiri dengan kebenaran yang aku lalui sekarang. Aku jadi serba salah. Memang aku rindukan semua tuh dengan kawan-kawan. Memang masa aku dengan mereka dah macam terhakis langsung. Tapi apakan daya aku? Setiap hari bekerja masa aku banyak dipejabat. Dari pagi hingga lewat malam rutin aku hampir setiap hari dipejabat. Hujung minggu lak masa aku untuk keluarga. Aku betul-betul serba salah sekarang. Aku tak mahu kehilangan sahabat dalam masa sama aku juga harus terus bekerja dan meluangkan masa untuk keluarga aku.

Maafkan aku sahabat.

Sabtu, 25 Julai 2009

Bukan Superman - The Lucky Laki

Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggalkan aku

Ayahku selalu berkata pada ku
Laki-laki tak boleh nangis
Harus selalu kuat harus selalu tangguh
Harus bisa jadi tahan banting

Tapi ternyata sakitnya cinta
Buat aku menangis

Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hati ku
Pergi meninggalkan aku

Ayah ku selalu memarahi aku
Jika jatuh airmata ku
Kata ayah selalu
Airmata itu adalah
Tanda kelemahan

Tapi ternyata
Airmata ku jatuh juga

Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hati ku
Pergi meninggalkan aku

Ayah ku tersayang
Maafkanlah aku
Jika aku masih menangis
Masih belum bisa
Menjadi seperti apa
Yang ayah selalu mau

Kita berjanji tuk tidak lagi
Menangis kerana cinta

Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hati ku
Pergi meninggalkan aku


Teruja! sgt teruja..itulah gambaran pertama bila aku mendengar lagu yg dinyanyikan oleh kumpulan The lucky laki dari indonesia nih. Bukan maksud aku untuk mengangkat karya luaran sebagai sesuatu yang harus aku banggakan sgt. Tapi aku rasa semacam ada satu perasaan meresap dalam naluri bila mendengarkan lagu ini. Alunan muziknya yang catchy lirik yg simple dan ada unsur nasihat membuatkan aku rasa aku cukup tertarik dengannya.

Pesanan seorang ayah terhadap anaknya untuk menjadi seorang lelaki yang tabah dan kuat dalam bercinta sebenarnya kalau di kaji sedikit mendalam ianya bukan sekadar ketabahan dalam cinta tapi juga melitupi perjalanan kehidupan yang ditempuh saban hari yang pasti dibebani dengan pelbagai dugaan dan halangan. Dalam erti kata lain, kalaulah kita gagal dalam bercinta begitu mudah airmata ditumpahkan macam mana dengan pelbagai lagi rintangan dan dugaan yang bakal kita tempuh di hadapan yang lebih besar dan hebat dari sebuah cinta. Apatah lagi bila bergelar lelaki pasti banyak sepak terajang dunia kehidupan yang harus ditempuh.

Aku mencari-mencari sepanjang hampir 33 tahun aku menikmati kehidupan ini pernah kah abah aku berpesan sedemikian rupa terhadap aku. Jawapannya tak ada. Abah tidak pernah berpesan apa-apa soal ketabahan pada aku, tapi aku tahu abah selalu mahu aku jadi setabahnya. Abah tak pernah merunggut bila terpaksa siang dan malam bertungkus lumus mencari rezeki membesar dan menyekolahkan kami 9 beradik. Abah tak pernah mengatakan letih mengatakan penat apabila membenarkan tubuhnya di mamah terik mentari dicengkam dingin dan sejuk hujan mencari rezeki membesarkan anak-anak. Abah tabah abah kuat, aku tak pernah melihat abah menangis, kerana terbeban dibahunya tanggungjawab terhadap kami 9 beradik.

Cuma sekali aku pernah lihat abah menangis, itu pun hanya sekadar satu dua deraian air mata yang leh di hitung, iaitu waktu arwah nenek meninggal. Waktu tuh semua adik beradik abah menangis meratapi pemergian nenek, teresak2 kehilangan ibu tercinta. Gitu juga aku saat nenek menghembuskan nafas terakhir aku menangis. Bapa sedara aku yang berpangkat sarjan dalam tentera yang terkenal dengan kebrutalannya itu juga menangis teresak waktu nenek pergi. Tapi tidak abah, airmata abah cuma setitik dua tertumpah. Hilang begitu sahaja bila diseka dengan jejarinya. Sedangkan abah anak kesayangan nenek, tidakkah abah terasa kehilangan nenek? Tertanya-tanya juga aku waktu aku mencuri pandang pada abah ketika semua org berkumpul di sisi jenazah arwah nenek.

Abah bagaikan mengerti seolah-olah ada pertanyaan di hati ku waktu itu. Abah mendekati aku, perlahan menyentuh bahu kanan aku meminta aku mengekorinya. Seperti biasa abah tak banyak bicara bila aku tanya nak kemana? abah cuma ckp ikut jer. Dan aku terima itu sebagai satu perintah yang harus aku turuti. Rupa-rupanya abah membawa aku ke tanah perkuburan.
Abah tinggalkan aku dekat situ suruh aku tunggu. Beberapa minit berlalu abah datang dengan 5 orang, dan abah serahkan aku sebatang cangkul bawakan aku ke satu kawasan. Ini liang jenazah nenek kata abah. Dan tanpa..arahan selanjutnya aku mengerti apa harus aku lakukan dengan cangkul ditangan aku. Waktu aku sedang mula mencangkul..abah mendekati aku kata abah masih banyak urusan yang harus diselesaikan, abah suruh aku tinggal disitu dan abah berpesan satu hari nanti tanggungjawab ini akan jadi milik aku. Dan abah berlalu pergi tinggalkan aku dengan urusan menggali tanah kubur dgn yang lain. Begitulah abah tak banyak bicaranya. Tapi aku selalunya paham apa maksud abah bagi abah tindakan lebih baik dari banyak kata-kata. dan semua rasa paham aku tu terbukti, bila semua urusan pengkebumian abah yang selesaikan. Ketika adik beradiknya masih meratapi kehilangan nenek..abah yg uruskan segala-galanya bersendirian. Itulah yang buat aku kagum dengan abah. Dan dalam kekaguman itu, aku perlu terus mengingati pesan abah. Satu hari nanti tangungjawab itu harus jadi milik aku. Bolehkah aku menjadi sekuat dan setabah abah saat berhadapan dengan pemergiannya nanti. Aku bukan bermaksud mendoakan abah segera pergi, tapi inilah hukum alam kita takkan selama-lamanya akan kekal di sini. Termasuk abah, termasuk juga aku. Pasti akan pergi jua.

Beberapa hari pemergian nenek aku pernah bertanya pada abah, bagaimana abah boleh menjadi sebegitu tabah. Abah cakap, dia dah lama tahu nenek akan pergi, sebab tu dia tak terkejut. Aku tanya abah mana dia tahu? abah ckp ngan aku selama ni..siapa yang rapat ngan arwah nenek, siapa yang selalu turut kemahuan arwah nenek, yang selalu berdampingan saat suka dan duka nenek. Dan ya mulut aku tak bisa menafikan abahlah orangnya, sebab tuh abah ank kesayangan nenek. Aku tak pernah tgk abah berkata ah, atau tak boleh bila nenek suruh sesuatu pada abah. Sepayah mana pun abah akan ikut kata nenek. Dan abah berkata bila selalu berdampingan bila selalu ambil tahu..naluri dia berkata dia tahu saat nenek akan pergi. Sebab tuh dalam diam-diam abah dah berurusan dengan pihak-pihak tertentu dengan tujuan bersedia saat nenek akan pergi. sebab tuh semua urusan jadi mudah. Dah tahu mana nak tuju. Dan bila mengingati semua nya tuh aku mula bertanya diri sendiri..rapatkah aku selama ni dengan abah. Selalukah aku berdampingan dengan abah? dan kesimpulannya masih byk yang harus aku perbaiki..dalam hubungan aku ngan abah. Abah mungkin tak pernah mengajar or berpesan kepada aku tentang sebuah ketabahan..kerana abah bukan jenis banyak cakap. Tapi tindakan dan kelakuan abah meyakinkan aku dia juga mahu aku menjadi seorang yang tabah. Terima kasih abah.

Khamis, 16 Julai 2009

Bicara Kita Dengan Bintang Untuk Awak 3

Awak
Kita sunyi
Bintang
Kita sepi

Awak
Kita kosong
Bintang
Kita buntu

Awak
Kita pilu
Bintang
Kita sayu

Awak
Kita kelu
Bintang
Kita bisu

Awak
Kita kalut
Bintang
Kita celaru

Awak
Kita keliru
Bintang
Kita serabut

Awak..
Bintang..
Kita rindu..

Ahad, 14 Jun 2009

Cerita Sajak Tembok

Cerita sajak tembok
Bermula dari petikan gitar tua
Suara suara berontakan anak anak muda kita
Menyelusuri denai denai kecil
Ke warung warung kopi
Saat para para veteran kita
Bergebang soal politikus moden
Soal naik haji di atas papan dam

Cerita sajak tembok
Bukan sekadar cerita cerita tembok
Tapi cerita hati
Cerita perih, cerita jerih,
Cerita payah, cerita derita

Cerita sajak tembok
Bukan cerita minta simpati
Tapi cerita inginkan keadilan
Tapi cerita inginkan perubahan

Cerita sajak tembok
Cerita sama-sama nak makan chicken chop
Cerita sama-sama nak merasa lamb chop
Cerita sama-sama nak makan makaroni
Cerita sama-sama nak rasa sapghetti
Bukan asyik nak mengadap ikan masin
Dan maggie kari
Bukan kami tak bersyukur
Cuma kalau para para ibu kami
Berbadan dua mengidam semua itu
Boleh lah juga kami tumpang sekaki

Cerita sajak tembok
Assalamualaikum pak-pak dan mak-mak menteri
Para para pemegang amanah
Jangan hanya duduk dikerusi empuk
Berpeluk tubuh, berselimutkan sejuk aircond
Sesekali..kalau boleh selalu selalulah
Jengok jengok kami dibawah panas mentari ini
Kotorkan kaki dengan selut dan lumpur
Beban kan bahu kamu
Dengan derita dengan payah kami
Para para bawahan
Para para penyisihan ini


Pak pak menteri
Mak mak menteri
Para para pemegang amanah
Orang orang bawahan sekarang
Dah mula cerdik pandai
Dan mula sedar dari tidur yang panjang
Dah mula maklum mana intan mana kaca
Dah tahu tongkat ali dan kacip fatimah
Boleh diproses sampai ke luar negeri
Dah tahu doktor muzaffar kita dah sampai ke bulan
Jangan sampai kertas undi berkurangan pangkahan
Baru sebuk nak mengesat peluh berpercikan di dahi
Baru sebuk nak menyusul ke surau surau usang kami
Kononnya amik berkat pahala berjemaah dengan kami
Kononnya dah usang sangat surau kami ni
Dah patut ganti masjid katanya

Cerita sajak tembok
Mujur juga disebalik tidak puas hati
Masih ada iklan iklan bersiaran
Cerita ronaldo nak ke real madrid
Nak tunggu tengok bila pula anak tempatan dapat bermain dengan manchester united
Kononnya ganti ronaldo
Cerita pak usup kahwin dengan janda berhias kampung sebelah
Kecoh nak tumbangkan lembu kerbau berekor ekor
Cerita mak kiah dah buat multi level marketing
Sebuk cari downline ke hulu kehilir
Sampai tidak sedar dapur tak berasap

Cerita sajak tembok
Ini cerita kami
Cerita suka duka
Cerita bukan reka reka
Cerita minta di adili sewajarnya
Agar generasi kami kelak
Tidak senasib kami
Terus bercerita dan bergebang
Cerita yang sama perihal
Sajak tembok kami ini

Jumaat, 12 Jun 2009

Sepasang Mata Ayu Yang Sayu

Sepasang mata ayu yang sayu
Kerdip kilasnya bagai terperosok
Duka jauh di dasar hati
Bagai menanggung saratan beban
Tergalas berat di bahunya

Sepasang mata ayu yang sayu
Pandangannya menerobos jauh ke depan
Bagai lukanya tidak pernah mahu menyurut
Bagai deritanya tidak pernah
Mahu mengundur pergi

Sepasang mata ayu yang sayu
Tiada yang bisa mengerti gelodak rasanya
Tiada yang bisa memahami
Alun gundah perang tanding hatinya

Stesen berikutnya..Majid Jamek
Next Stesyen...Masjid Jamek
Nokia..connecting people.....

Sepasang mata ayu yang sayu
Jasadnya bergerak meminggir pergi
Sempat terlontar senyuman simpul
Ah, akukah yang tertunduk malu
Hanya memerhati jasadnya berlalu pergi
Ditelan pusuan gerak makhluk kota
Meninggalkan aku terpaku
Di bawa pergi gerabak
Ke destinasi selanjutnya

P/s: Ermm aku rasa dah hampir setahun segala nukilan ini bermain diminda terawang2 tanpa pelarasan. Hari nih setelah hampir setahun akhirnya aku berjaya meluahkannya. Tahniah aku. hu..huu (ilham ni datang waktu aku naik lrt dari ofis lama setiawangsa ke kl sentral waktu nak balik keje setelah memerhati seseorang. Inilah indahnya dunia penulisan permerhatian sekejap leh mendatangkan ilham berharga..syukur dengan bakat anugerah ilahi..)

Jumaat, 5 Jun 2009

Bicara Kita Dengan Bintang Untuk Awak 2

Awak..
Kelmarin kita tengok bintang lagi
Masa tu kita sedih sangat
Kita mengadu kat bintang
Kita luahkan kat bintang
Apa kita rasa..

Awak..
Kita tanya bintang
Kenapa awak pergi
Bintang kata mungkin ada hikmah tersembunyi

Awak..
Kita tanya bintang lagi
Apa alasan untuk awak melangkah pergi
Kata bintang
Awak tak ada apa-apa alasan yg pasti

Awak..
Kita tak puas hati, kita marah bintang
Kita cakap pada bintang
Macam mana dengan hati dan perasaan kita ni
Bila awak pergi macam tu je
Bintang cakap
Berpijaklah di bumi nyata
Berdepan dengan dunia realiti

Awak..
Bintang pesan kat kita
Jangan tangisi apa yang berlalu pergi
Tapi belajarlah mengawal emosi
Saat ujian menimpa diri
Bintang kata ini proses pendewasaan hidup
Kita mesti kuat dan tabah

Awak..
Kita tetap marahkan bintang lagi, sebab dia pertahankan awak
Bintang langsung tak sebelahi kita
Kita kata kat bintang
Awak dan bintang sama
Tak mahu mengerti betapa terlukanya kita
Betapa sunyi dan sepinya kita
Semenjak awak pergi tanpa pesan

Awak..
Bintang merajuk hati
Dia terus menjauh pergi

Awak..
Kita hilang awak
Sekarang kita juga hilang bintang

Awak..
Kuatkah kita
Dengan kehilangan ini

Awak..
Kita dah tak ada awak
Kita juga dah tak ada bintang
Awak , bintang maafkan kita...

Khamis, 4 Jun 2009

Bicara Kita Dengan Bintang Untuk Awak 1

Awak..
Malam tadikan kita renung bintang
Bintang cantiklah awak
Berkerdip dan menyinar terang

Awak...
Bila kita tengok bintang
Kita rasakan macam awak dekat ngan bintang
Kita rasa tenang kita rasa damai
Macam awak kat sisi kita
Temani malam sunyi kita

Awak...
Tapikan awak, lama-lama
Kerdipan bintang makin pudar, makin muram lah awak
Sepudar dan semuram hubungan kita sekarang ni

Awak..
Tengoklah awak bintang tu cahayanya semakin hilang dan terus hilanglah awak
Awak bintang akhirnya pergi tanpa pesan
Awak jangan jadi macam bintang ya
Jangan terus pergi dari kita tanpa sebarang pesan
Janji ya awak
Janji tau

Rabu, 3 Jun 2009

Kisah Ikan Jaket

Seorang sahabat bertanya pada aku hari ni mkn apa lunch tadi? Dgn selamba aku cakap mkn ikan jaket bakar sumbat lada. Ikan jaket? Satu persoalan bagi yg tak pernah mengetahui pasal ikan jaket nih. Tapi bagi yg maklum semaklum aku ikan jaket nih nama sebenar dia ikan cencaru. Mana dpt nama ikan jaket? org lain yg tahu aku tak tahulah mana diorang tahu nama ikan jaket nih. Tapi bagi aku ianya bermula sewaktu aku masih lagi bergelar pelajar di SMV Setapak kira2 17 tahun yg lampau. (hu..hu..lama tuh).

Sebagai penghuni asrama SMV Setapak rutin mkn ikan cencaru nih dah jadi satu kekerapan di kantin asrama sekolah. Hampir setiap hari inilah menu utama kami ikan cencaru grg. Aku tak tahu lah apesal wak kantin asrama kami tuh dulu suka sgt, goreng ikan nih sebagai menu kami ,kadang dah naik muak, sampai masing2 pun muka dah toya cam ikan jaket hu..hu..Tapi nak wat camner kan nak tak nak tuntutan perut harus di isi. Jadi aper ada depan mata bedal jer lah janji kenyang. Masa zaman student paham2 jer la. Klu sombong lapar ler perut. Makan jer la apa ada, nak best2 pun kena tunggu hari jumaat sebab setiap hari jumaat dpt mkn nasi beriani dgn aiskrim, hu..hu..(time nih aku mesti minta popedem lebih..).

Jadi nak dihikayatkan cerita seterusnya ikan cencaru nih benarnya abg2 senior kami yg panggil ikan jaket.. Diorang selalu ckp..ikan jaket nih kalu baling kat dinding mesti dinding pecah. Ada sekali tuh adalah aku buat lawak bangang, pergi baling ikan jaket kat dinding nak tgk dinding tuh leh pecah ke tak (apa punya bangang la memang la dinding takkan pecah), saja la kan kot2 magic lak terjadi hari tuh leh pecah dinding tuh..he..he..memang magic..magic siot..tapi bukan dinding yg pecah kepala aku bagai rasa nak pecah kena beberapa das luku atas kepala oleh abg2 senior kami. So moral of the story, jgn buat lawak bangang depan senior selagi lom senior.Tapi aper pun memori tuh tetap kekal sebagai kenangan indah lagi bangang yg pernah tercipta masa aku student dulu. Dan aku percaya korang jugak mcm aku time zaman jadi student la salah satu zaman yg klu leh korang nak putar balik kan?

Selasa, 2 Jun 2009

Akhirnya..

Yes. Akhirnya setelah memasang sebuah impian memiliki sebuah catatan blog sendiri akhirnya hari ini semua impian tuh menjadi realiti dan kenyataan. Semoga catatan yg pertama ini mempunyai kesinambungan untuk catatan seterusnya buat hari-hari esok dalam perjalanan kehidupan seorang aku. Semoga aturan putaran masa menemukan aku dengan kesempatan yang terluang agar catatan ini terus mampu menukilkan bahasanya. Apa yg aku cari di sini aku tak pasti, apa yg aku mahu di sini sejujurnya aku juga tiada jawapan untuk persoalan itu. Biarlah apa jua soalan dan jawapan disebalik semua ini, yg penting aku telah memulakan sesuatu yg telah lama aku hilang. Sesuatu yang pernah menjadi makanan jiwa aku suatu ketika dulu iaitu penulisan. Bak kata seorang sahabat pada aku dulu, gua salah seorang peminat tulisan lu beb, lu tulis, lu simpan, satu masa gua percaya karya2 lu leh jadi masterpiece beb. Dan hari ini aku hanya mampu tersenyum mengingati semua tuh..mungkinkah ini permulaannya..siapa tahu kan, walaupun sebenarnya aku dah terlewat, dan segalanya masih belum ada kepastian.